PERSATUAN Seniman Malaysia menafikan posting viral mengatakan penyanyi popular tanah air Saleem Iklim meninggal dunia awal pagi tadi.

Menerusi kenyataan media melalui Setiausaha Seniman, Hafiz Nafiah, mengesahkan bahawa Saleem Iklim masih dirawat di Hospital Kajang dan di bawah pemantauan rapi oleh pihak Hospital.

Keadaan beliau dilaporkan stabil sehingga waktu ini.

Seniman Malaysia mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang hanya mahu mengelirukan masyarakat serta sikap tidak memikirkan perasaan keluarga Saleem.

Seniman memohon agar masyarakat tidak terpedaya dengan berita yang tular dan sebarang maklumat lanjut tentang perkembangan Saleem Iklim akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.

Seluruh Kepimpinan Tertinggi dan Exco Seniman Malaysia serta Ahli-Ahli Seniman berharap agar ALLAH lindungi Saleem Iklim dan segera sembuh.