SELEPAS kecoh dengan gaya turban yang dipakai menyerupai beg tangan, sekali lagi penampilan, usahawan, pengacara dan pelakon Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, 29 dipersendakan pengguna media sosial apabila menyamakan pakaian yang dipakai dengan alas kaki yang berharga RM2.

Melalui entri Instagram (IG) miliknya sendiri, pakaian itu dipakai bagi mengacara episod Meletop malam tadi.  

Bagaimana pun gambar berkenaan mula menjadi tular sejak pagi tadi.  

[ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh netizen sarung beg tiru Neelofa]

Malah netizen turut juga meninggalkan pelbagai komen.

"Itu menunjukkan dia kreatif. Dia pandang alas kaki dengan cara berbeza. Kita yang biasa-biasa pandang benda itu sebagai alas kaki sahaja selamanya sampailah kiamat. Tapi dia lain, dia pandang dengan penuh rekacipta. Aneh bagi kita tapi itu kreativiti namanya. Itu membezakan kepuk duit kita dengan dia," tulis Lariis Creativefactory

"Cantik sahaja baju itu. Yang tidak cantik hati orag yang mengutuk. Sekurang-kurangnya dia tak minta duit kau  beli baju itu. Kua belum tentu boleh beli, kasihan kutuk orang tak sedarkan diri. Sebenarnya awak itu dengki cuba fikir, tanya diri itu kenapa sakit hati sangat tengok orang lain," tulis Iskandar Zulkarnain.

"Kalau orang cantik pakai kain lap kuali hitam pun nampak cantik..kalau orang hodoh macam kita pakai pakain dari tenunan sutera emas pun nampak hodoh juga," tulis Ummi Amirra Amalina.

"Ini sinikal sahaja... sebab kebetulan coraknya sama. Jangan ambil seriaus sangat... berani pakai kena beranilah dengar komen. Nama pun selebriti kontroversi," tulis Cik Bulan Centa.

Namun, si empunya badan memang tidak mudah melatah, apatah lagi memberi reaksi terhadap perkara remeh temeh.