SIAPA sangka, di sebalik kelunakan suara para artis kita menyanyi di corong- corong radio atau secara live, sedap lagi apabila mengaji. 

Bersempena dengan program interaksi bersama al-Quran selama satu jam, World #QuranHour, para peserta didendangkan dengan suara empat artis Malaysia mengaji. 

Para peserta didendangkan alunan suara mengaji mereka semasa sesi Solidariti Interaksi dengan Yasin. 

Mawi. -Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Mereka adalah Mawi, Johan As'ari, Wan Aminuddin Wan Ismail @ Ameng Spring dan Lah Ahmad. 

Acara World #QuranHour dimulakan dengan aktiviti pembukaan ngaji surah al-Fatihah oleh Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Rais Yatim dan Surah al-Baqarah ayat 1-5, oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. 

[ARTIKEL BERKAITAN: Demi pahala akhirat, rela redah kesesakan lalu lintas]

Ameng Spring. -Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Acara kemuncak adalah solidariti interaksi Surah Yasin yang akan dipimpin bacaannya oleh 21 Pembawa Panji-Panji Yasin yang terdiri daripada latar berbeza sebagai mesej setiap orang mempunyai peranan masing-masing dalam menjadikan nilai al-Quran sebagai tindakan bersama untuk membina dunia berbudi dan penyayang.