PENYANYI popular, Haqiem Rusli berkata dia kini kembali pulih selepas melalui episod hitam dalam hidupnya, baru-baru ini.

Sebelum ini Haqiem, 20, mengakui dia mengalami moderate depression.

Dalam status yang sama Haqiem memberitahu saban hari dia belajar bagaimana untuk menjadi seorang insan yang lebih baik.

"Sekarang im getting better. Dah better dari Haqiem yang dulu, dari segi improvement atas pentas, my PR and all music stuff.

"Day by day i learn how to jadi lebih baik untuk buat mereka tersenyum dan aku senyum. I’m all good now. Happy," katanya.

Perkongsian status itu setakat artikel ini ditulis telah mendapat retweet sebanyak 361 kali dan mendapat respons like sebanyak 1,878 pengguna Twitter.