PELAKON Sharifah Sakinah menyindir segelintir selebriti yang menjual produk kecantikan dengan cara memperdaya pelanggan.

Jelas selebriti berusia 29 tahun ini, tidak menjadi satu kesalahan buat mana-mana selebriti menjual produk, namun haruslah ada haruslah berlaku jujur.

"Lipstick , make up, perfume, whitening ,slimming , baju raya semua lah, siapa yang berkolaborasi untuk menjual produk, tidak ada masalah.

"Kadang kala ada masa terluang antara lakonan dan sementara menunggu bayaran, jadi berniaga adalah salah satu cara untuk menambah pendapatan.

"Tetapi apa yang penting kenalah ikhlas, produk bagus, servis memuaskan hati pelanggan, jadi tidak ada masalah untuk menyokong antara satu sama lain," tulisnya yang turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang menyokong produk jualan anak seni.

Sakinah sebelum itu menerusi beberapa video pendek yang dimuat naik di Insta Stories miliknya menyindir segelintir artis yang memperdaya pelanggan atau peminat tentang keberkesanan sesuatu produk yang dijual, meskipun tidak menggunakan produk tersebut.

Lebih menipu apabila selebriti itu sendiri masih menggunakan produk jenama antarabangsa.

"Korang dah putih buat produk pemutih kulit, lepas tu cakap korang putih sebab produk tu, ha tepuk!.

"Tak diet, tak exercise, tapi kata kurus sebab ambil produk tersebut, ha tepuk!" perli Sakinah.