Russell Brand
Russell Brand

Wajah yang garang, tubuh yang tinggi lampai membuatkan Russell Brand kelihatan bengis.

Namun siapa sangka bahawa pelawak Inggeris ini amat takut pada Victoria Beckham.

Namun, bukan kerana wajah garang Victoria atau lebih dikenali dengan nama Posh yang membuatkan Brand takut, tetapi kerana pernah mengecewakan rakan baiknya, Geri Halliwell, membuatkan Brand segan untuk bersemuka dengan Posh.

"Brand sentiasa mengelak untuk bertemu Posh kerana Posh tahu semua kisah mereka berdua. Brand juga akan memastikan dia tidak ke tempat yang selalu dikunjungi Posh," ujar sumber.

Hubungan Brand dan Halliwell hanya berlangsung dalam tempoh beberapa bulan kerana Brand dikatakan belum bersedia untuk lebih komitmen.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.