PELAKON, Reen Rahim, 29, berkata, sepanjang pembabitannya dalam industri lakonan dia kurang mendapat teguran sebagai pelakon kayu.

Malah lakonannya memberi kesan positif kepada warga industri seni dan hiburan tempatan.

"Setakat ini alhamdulillah, kebanyakan watak yang saya lakonkan ada yang ingat dan paling penting saya kurang ditegur dengan panggilan 'pelakon kayu' dan sebagainya.

"Itulah yang saya mahu, orang percaya dengan bakat kita," katanya.

 Reen turut memberitahu, dia akan mempertimbangkan sebelum menerima sesebuah naskhah.

"Kalau dapat terlibat dalam slot yang ramai penonton itu sudah rezeki namanya tambahan pula naskhah yang bagus.

"Walau bagaimanapun, saya bukan terlalu selektif kerana populariti sesebuah karya itu bergantung kepada tuahnya juga," ujarnya kepada Media Hiburan.

Dalam perkembangan kerjaya, Reen kini sedang menjalani sebuah penggambaran filem terbaharunya.

Selain Reen, filem seram arahan Ahmad Idham itu turut dibintangi pelakon Intan Ladyana dan Datuk Eizlan Yusuf.