• Rani Mukerji Rani Mukerji
1 /

BAKAL mendirikan rumah tangga bersama pengarah filem, Aditya Chopra, aktres Rani Mukerji mengakui gembira kerana peminat sentiasa mengambil berat mengenai perancangan perkahwinannya itu.

Menurut Rani, keprihatinan peminat membuat dirinya rasa lebih dihargai.

"Saya beruntung kerana ramai yang mengambil berat tentang kehidupan saya. Dari dulu hingga sekarang, peminat tidak henti-henti beri saya sokongan.

"Saya bersyukur dan amat berterima kasih kepada peminat. Tanpa mereka, saya mungkin tidak akan berjaya seperti sekarang," katanya yang bakal tampil dengan filem terbaru 'Aiyyaa'.