MESKIPUN lama berdiam diri, namun sebenarnya penyanyi era 80-an, Ramlah Ram masih aktif membuat persembahan. Malah melalui Instagram miliknya, pelbagai aktiviti turut dikongsikan termasuk memuat naik video dirinya membuat  persembahan dalam satu majlis.

Dalam video tersebut, dia menyanyikan lagu 'Kau Kunci Cinta Ku Dalam Hati Mu' menerima sorakkan yang kuat dari kalangan peminat.

Pelbagai komen juga dilontarkan kalangan netizen dalam entri itu, antaranya memuji dan kagum dengan kehebatan penyanyi tersebut yang masih seperti dahulu.

Salah seorang peminat, @norashahr berkata, dia meminati Ramlah dan turut membawa tape semasa dia ke Amerika Syarikat (US) pada tahun 1991 dan telah memukau 'mat saleh' di sana.      

Foto:Instagram ramlahram383c

"Minat kak Ramlah, Power (bertenaga) gila. Saya bawa tape lagu ini ke US tahun 1991. Bila pasang dalam kereta mat saleh terpukau. Suruh repeat (ulang) & jerit 'my song' (lagu saya). Syabas Kak Ramlah."

Sementara seorang lagi peminat, @faridahhanummohdzain berpendapat suara Ramlah seperti mana di dalam kaset.   

"Kak Ramlah telan kaset ke apa. Suara power (bertenaga) dari dulu. Love you (Sayang) dari dulu lagi Kak Melah".

Manakala seorang lagi peminat, @shanana22 pula berkata, kalau perlu membayar RM10,000 sekali untuk menonton persembahan Ramlah, adalah berbaloi.

"Salute (Tabik) la Kak Ramlah. (Walaupun) even tengah menyanyi peminat bergambar pun still (masih) suara tak lari.memang terbaik. Ini kalau bayar RM10K pun puas hati".