ENAM peserta acara Patriot 200 mendapat suntikan semangat apabila pasukan mereka, Malaysian Humanitarian Aid And Relief (Mahar) diberikan tajaan iaitu sepasang kasut dan pakaian larian berjenama Asics, di premis barangan sukan ternama tersebut di Bandar Utama hari ini.

Tiga pelari dan tiga kru sokongan pasukan mendapat tajaan berbentuk enam pasang kasut dan 10 helai baju yang bernilai lebih RM5,000 tersebut diserahkan kepada pasukan tersebut oleh Pengurus Pemasaran dan Jenama Prestige Sports Sdn Bhd,  Amirul Syafiq Azidin.

Menurutnya, Kasut Asics yang disumbangkan kepada peserta ini mempunyai ciri-ciri tahan lasak dan ia juga membantu untuk mengurangkan keletihan dan risiko kecederaan serius kepada pemakainya.

“Kami amat berbesar hati dapat memberikan sumbangan kepada pasukan Mahar yang menyertai acara ini kerana kami ingin menjadi sebahagian daripada usaha murni pasukan tersebut yang banyak membantu golongan yang memerlukan

"Kesedaran tentang pemilihan kasut yang sesuai dengan struktur kaki dan acara larian perlu diterapkan kepada pelari jarak jauh ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Acara yang dianjurkan bersempena Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun menyaksikan para peserta perlu berlari sejauh 200km dalam masa 40 jam.

Tahun ini, peserta akan memulakan larian berhampiran Plaza Tol Slim River dan menamatkan acara di Dataran Taiping, Perak.

Sementara itu, Pengerusi Mahar, Jismi Johari memaklumkan tujuan mereka menghantar peserta dan kru dalam acara Patriot 200 pada tahun ini kerana menyokong gaya hidup aktif dan sihat serta dan mahu rakyat Malaysia turut mengamalkan gaya hidup sebegini demi menjadi individu yang produktif dan progresif.

“Pasukan pelari Mahar menyasarkan larian mereka kali ini atas tujuan amal, di mana larian ini adalah bagi mengumpul dana yang akan disalurkan ke dua inisiatif tanggungjawab sosial yang berbeza.

"Dana tersebut akan disalurkan ke Kem Pelarian Inmaa di Lebanon dan sebahagian lagi akan digunakan untuk membiayai kos operasi Pusat Khidmat Setempat Kemanusiaan Mahar di Sri Rampai, Kuala Lumpur.

"Mekanisma pengumpulan dana akan dilancarkan di saluran media sosial Mahar dalam masa-masa terdekat ini,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SELAKU penaja platinum Sukan Sea Kuala Lumpur (KL2017), Ajinomoto Co Inc (Ajinomoto Co) menjadi antara syarikat terpilih untuk acara penyerahan obor KL2017 bertempat di ibu pejabatnya di Jalan Kuchai Lama, semalam.
  • LARIAN Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bersempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 peringkat daerah Gerik bermula di hentian bas Gerik, di sini hari ini.
  • CUACA mendung sejak Ahad lalu telah membantu pelari solo dari Kedah, Nasir Abas, 62, menamatkan larian sejauh 500 kilometer (km) dari Shah Alam untuk selamat sampai di Stadium Darul Aman kira-kira jam 4 petang, semalam.
  • DARULAMAN Park meneruskan tradisi tahunannya dengan menganjurkan Color Run 2016 yang merupakan kesinambungan daripada Larian Darulaman Park 2015 sekali gus menutup kalendar acara pada tahun ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.