FILEM seram diadaptasi daripada kisah benar yang pernah berlaku puluhan tahun sebelum ini, The Amityville kini kembali dengan sekuel terbarunya, Amityville: The Awakening.

Filem ini mula ditayangkan kepada umum  pertengahan minggu lalu.

Bagaimanapun, pembaca Sinar Harian dan Media Hiburan Online menjadi antara yang bertuah apabila berpeluang menonton filem seram terbaru ini dua hari lebih awal daripada tarikh tayangannya pada 15 Ogos lalu.

Seramai 100 penonton bertuah dipilih menerusi peraduan yang dijalankan laman Instagram MH Online.

Turut serta bersama pembaca bertuah ialah selebriti yang menjadi antara pertama menonton filem ini secara eksklusif di pawagam.

Antara yang hadir adalah Juzzthin, Ewal AF, Afzan Rahman, Fariz AF dan ramai lagi.

Selain dapat menonton bersama selebriti, penonton berpeluang bergambar dan beramah mesra sebelum sesi tayangan bermula. Malah pada masa yang sama dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan penonton lain yang hadir.

Terima kasih kepada TGV Pictures yang sudi menaja lokasi majlis yang berlangsung di GSC Mid Valley Megamall sebagai tanda penghargaan buat penonton dan Wayang Media Hiburan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :