GEGAR VAGANZA separuh akhir pada minggu ini menyaksikan tujuh peserta bakal berentap untuk menentukan siapakah layak ke peringkat akhir yang akan diadakan di Johor Bahru, 17 Disember depan.

Berdasarkan persembahan sebelum ini, empat peserta yang disebut-sebut mempunyai peluang cerah melangkah ke peringkat akhir iaitu Liza Hanim, Hazami, Aishah dan Firman.

Tidak dinafikan, keempat-empat peserta ini memberikan persembahan mantap dan meyakinkan setiap minggu.

Sepanjang enam konsert, Liza Hanim hanya dua kali mendapat tempat keempat iaitu pada minggu pertama dengan lagu Siapa Sangka Siapa Menduga dan minggu kelima dengan lagu Lelaki Teragung.

Selainnya, Liza unggul tiga kali berada di kedudukan pertama dan sekali di tempat kedua.

Pesaing terdekatnya iaitu Hazami pernah mendapat tempat keempat pada minggu ketiga dengan lagu Joget Kenangan Manis.

Selainnya, beliau bertahan pada kedudukan sekali pada tempat pertama, dua kali kedudukan kedua dan dua kali juga pada kedudukan ketiga.

Sementara itu bagi penyanyi paling senior, Aishah pula kurang konsisten kedudukannya.

Aishah pernah dua kali mendapat tempat pertama, dua kali tempat ketiga, sekali tempat kelima dan sekali tempat keenam ketika menyanyikan lagu Terukir Di Bintang nyanyian asal Yuna.

Bagi Firman pula, beliau sama seperti Aishah. Firman pernah berada di kedudukan tangga kesembilan daripada 12 peserta iaitu pada minggu kedua.

Ketika itu penyanyi dari Indonesia ini menyanyikan lagu Rindu Serindu Rindunya daripada kumpulan Spoon.

Selebihnya, Firman pernah dua kali mendapat tempat kedua, sekali ketiga, sekali keempat dan sekali kelima.

Ternyata kesemua mereka tidak pernah berada di kedudukan 'bottom 2'.

Sementara Tia, Lan dan Syura adalah tiga nama yang masih perlu berusaha keras untuk menempatkan diri dalam senarai Top 6.

Kedudukan terbaik Tia adalah pada minggu keenam iaitu mendapat tempat keempat ketika menyanyikan lagu Bayang nyanyian asal Khai Bahar.

Selebihnya, Tia pernah dua kali mendapat tempat kelima, dua kali tempat keenam, dan sekali berada di 'bottom 2' yang menyaksikan Elyana tersingkir. Ketika itu Tia menyanyikan lagu Antara Hujan Dan Airmata.

Sementara Lan pula masih mempunyai peluang ke peringkat akhir jika kesihatannya mengizinkan. Minggu keenam lalu beliau hampir tersingkir kerana masalah kesihatan.

Rekod Lan, beliau pernah sekali mendapat tempat ketiga pada minggu ketiga ketika menyanyikan lagu Sayang Sayang Aliff Aziz.

Selainnya pernah dua kali mendapat tempat kelima, sekali keenam, dan dua kali ketujuh.

Bagi si cantik manis Syura pula kedudukan terbaiknya adalah pada minggu kedua apabila mendapat tempat keempat ketika menyanyikan lagu Ku Pendam Sebuah Duka Khatijah Ibrahim.

Selebihnya Syura dua kali berada di tangga keenam, sekali nombor tujuh dan dua kali nombor lapan.

Menariknya Syura tidak pernah berada di kedudukan bawah.

Justeru, berdasarkan analisis ini, siapakah pilihan anda?

Jom undi Top 6 pilihan anda

Lihat Keputusan

Artikel berkaitan yang patut anda baca :