NEW DEHLI - INDIA . Pelakon Bollywood yang terkenal sebagai watak ibu penyayang, Reema Lagoo meninggal dunia pada usia 59 tahun, lapor BBC.

Reema meninggal dunia di sebuah hospital di Mumbai selepas mengalami serangan jantung pada malam Rabu.

Pelakon itu terkenal memainkan watak sebagai ibu kepada watak-watak utama dalam filem dan drama TV serta turut belakon dalam beberapa drama dalam bahasa Marathi.

Reema memulakan kerjaya pada tahun 1970-an membintangi berpuluh-puluh filem terkenal Bollywood seperti Hum Aapke Hain Koun, Kuch Kuch Hota Hai, dan Maine Pyar Kiya.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.