PELAKON era 90an yang cukup popular menerusi sitcom Baba Nyonya, Datuk Kenny Chan dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.15, petang Selasa akibat jangkitan paru-paru.

Kenny yang sinonim dengan watak Bibik Kim Neo, dalam sitcom terbitan RTM ini menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Melaka pada usia 68 tahun.

Mendiang yang juga pemilik Restauran Big Nyonya  yang terletak di Melak ini meninggalkan seorang isteri, Fern Loo dan tiga anak.

Baba Nyonya merupakan siri popular yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai siri televisyen paling lama di Malaysia di mana ia mula bersiaran dari tahun 1980-an sehingga tahun 2000 dengan jumlah 509 episod.

Sinar Harian merakamkan ucapan takziah buat keluarga Kenny.