BERSEMPENA Maal Hijrah semalam, pelakon Serina Redzuawan memuat naik fotonya cantik  bertudung di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut, Serina turut memberi ucapan sempena tahun baharu dalam kalendar Islam itu.

Menurut anak kepada Chef ternama Malaysia, Chef Wan itu segala kesedihan dan dugaan yang dihadapi sepanjang tahun lalu mahu dibuang jauh dan akan terus melangkah ke hadapan.

“Serina ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua, Moga segala kesedihan dan kisah duka dapat di buang jauh dalam hidup.

“Bila kita diduga itu tandanya ALLAH (SWT) sayang pada kita. Bila ALLAH (SWT) buka mata kita tunjuk kebenaran siapa sahabat siapa musuh dalam selimut, itulah hikmah terbaik.

Antara sokongan peminat Serina

 

“For me (bagi saya) dalam hidup pasti ada dugaan jangan mengeluh terus langkah ke hadapan. Fikir dan renungkan wajah insan tercinta yang perlu kita tanggung dan bela nasib mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN:Selepas tujuh tahun, akhirnya Gavin, Serina cerai]

“Moga kita semua dilindungi dan dilimpahkan rezeki serta diberikan kebahagiaan dunia akhirat,” tulisnya.

Bagaimanapun, fotonya bertudung itu mendapat perhatian ramai yang rata-rata memuji imej tersebut.

Malah, ada pengikutnya yang berharap agar imej tersebut dapat dikekalkan atau istiqamah.