PENYANYI Noryn Aziz menepati ramalan ramai apabila diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang berlangsung secara langsung dari Dewan Auditorium MBSA, sebentar tadi.

Noryn tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu Laskar Cinta duet bersama Awi Rafael menewaskan lima finalis lain yang turut bertanding iaitu Dia Fadila, Zamani, Amelina, Maya Ruslee dan Billy Zulkarnain.

Kemenangan ini sekali gus melayakkan Noryn membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM100,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan trofi.

Sementara itu, Dia Fadila memenangi tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan trofi.

Zamani pula berada di tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan trofi. Vokalis kumpulan Slam ini juga turut memenangi Bintang Cuckoo Paling Gempak buat kali ketiga.

Tempat keempat pula dimenangi Amelina dan mendapat hadiah berupa wang tunai berjumlah RM20,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan trofi.

Maya Ruslee hanya mampu berpuas hati ditempat kelima dan membawa pulang wang tunai Rm15,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan trofi.

Manakala Billy Zulkarnain di tempat keenam dan membawa wang tunai RM10,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan trofi.

Pertandingan GV5 di peringkat akhir ini diadili empat juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim selaku juri tetap, manakala Datuk DJ Dave dan Joe Flizzow pula sebagai juri tempatan.

Malam kemuncak GV4 yang juga disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) ini menampilkan pengacara sensasi Nabil Ahmad dan Jihan Muse.