Norman Hakim cari bibik
$entry.content.caption.value

Bermula semalam, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton setia salurannya bergelak ketawa dengan program sitkom terbaru, Bibik yang pasti menyerikan petang anda.

Pastinya, penonton terhibur dengan lawak bersahaja pelakon Daniel Syazriq, Amira Ayuni, Norman Hakim, Nonny Nadirah, Jessie Lim, Kathy Fauziah dan Kalpana Devi yang menemui penonton mulai 16 Januari di TV1.

Disiarkan setiap Isnin, jam 2.05 petang, kisah Bibik bermula apabila pembantu rumah Hisham yang keenam melarikan diri dan keadaan menjadi kelam-kabut.

Meskipun menyedari segalanya berpunca daripada karenah yang ditimbulkan oleh anak-anak dan ibunya, Rogayah, namun dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Rogayah kemudiannya menerima panggilan yang memintanya pulang ke kampung segera. Lalu, dia terpaksa menawarkan pekerjaan pembantu rumah kepada seorang pekerja spa, Sheila dengan gaji dua kali ganda.

Anak-anak Hisham iaitu Amelia dan Aqil membuli Sheila kerana mereka inginkannya berhenti kerja. Sementara pemandu peribadi Hisham, Calvin juga tertarik dengan kecantikan Sheila.

Lama-kelamaan Sheila dapat menyesuaikan diri dengan keluarga Hisham walau pun terpaksa menghadapi kerenah anak-anak Hisham yang nakal.

Manakala, Hisham yang sudah lama kematian isteri pula sedikit demi sedikit ada menaruh hati terhadap Shiela. Namun, bagaimanakah kesudahannya? Saksikan 13 episod drama bersiri Bibik ini hanya di TV1.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.