PELAKON dan pelawak, Sharifah Sakinah berkongsi berita sedih di laman Instagramnya pagi ini tentang pemergian neneknya, Sharifah Zainab Syed Ali Al-Hadad.

Menurut Sakinah yang juga adik kepada Sharifah Shahira dan Sharifah Norhazlinda ini, arwah  meninggal dunia ketika dalam tidur malam tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tiga Sharifah kehilangan bapa tersayang]

Dalam masa yang sama Sakinah turut memberitahu Instagramnya akan ditutup seketika dalam tempoh berkabung bagi menghormati pemergian neneknya.

Awal Januari lalu, Sakinah turut kehilangan bapanya, Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman akibat jangkitan paru-paru.

Salam takziah buat Sakinah dan seisi keluarga dan semoga tabah menghadapi kehilangan ini.