PENGACARA terkenal Neelofa dan Nabil Ahmad tersentuh hati gara-gara ustaz Ebit Lew.

Difahamkan, ustaz Ebit hadir di program MeleTOP bagi mempromosikan rancangannya yang dikenali Door To Door yang akan disiarkan menerusi saluran Astro Oasis.

Ebit berkongsi menerusi tulisannya di IG, kedua-dua bintang tersebut merupakan seorang yang merendah diri dan baik hati.

"Sebelum pergi tadi solat hajat 2 rakaat doa supaya setiap langkah jadi asbab kebaikan. Nak tahu tak sebak jer atas pentas tadi.

"@neelofa bila dengar 'ALLAH sayang, nampak beliau sebak di @meletop. Beliau sebak, bergenang dan khusuk mendengar subhanaALLAH.

"Beliau sangat baik orangnya bertanya soalan tentang dakwah dan lain-lain dengan penuh hormat walau waktu di belakang tabir, baik orangnya.

"@nabilzira pun menangis tadi bila cerita tentang kasih sayang. ALLAHUAKBAR... terima kasih ALLAH kerana dapat bertemu dengan orang baik-baik," tulisnya.

Ustaz Ebit turut berharap agar pertemuan ini menjadi pencetus artis tempatan mendapat hidayah.

"Berjuta rahmat yang kau beri pada mereka berilah juga pada saya. Syukur dapat berkongsi tentang door to door ebit lew program di astro oasis dah episod ke 9.

"Dakwah sebenar tiada perancangan dialog. Semuanya benar-benar terjadi. Syukur dapat hadiahkan buku terbaru 11 amalan kaya dan isteriku bidadari.

"Segalanya milik ALLAH. Mudah-mudahan jadi asbab kebaikan.. Terimalah ya ALLAH semua artis pelakon jadi asbab hidayah," akhiri Ebit.