PELAKON, Memey Suhaiza yang juga isteri kepada aktor popular, Norman Hakim, memberitahu dia bakal bersalin pada hari ini, sebentar tadi.

"Ok confirm nak bersalin hari ni. Sampai hospital, Dr Zarina Bibi check rupanya dah hampir.

"Terkejut juga sebab tak rasa apa-apa sangat lagi, sikit-sikit je.

"Now dah tunggu kat labour room," tulisnya.

Tulisnya lagi di akaun Instagram miliknya memohon maaf andai ada khilaf dan berharap didoakan yang baik-baik.

"Saya minta maaf ya kalau saya ada salah silap sama ada sedar atau tidak.

"Doakan saya dan baby selamat, terima kasih kepada semua yang doakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga. Semoga ALLAH membalasnya," ujarnya.

Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan aktor popular, Norman Hakim pada 2011.

Pasangan ini dikurniakan dua anak iaitu Muhammad Darwisz Hakim,5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3 tahun.

Selain itu, Norman juga mempunyai tiga anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim,15, Marissa Dania Hakim,13 serta Maria Danisha Hakim,10 tahun.