BIARPUN memulakan kariernya sebagai penyanyi, namun Mark Adam tidak dapat menidakkan rezeki dalam bidang lakonan semakin murah sejak kebelakangan ini.

Tidak hanya tawaran berlakon drama dan telefilem, pemilik nama sebenar Fikri Mark Adam, 38, turut mendapat kepercayaan syarikat produksi untuk berlakon filem.

Namun ujar Mark, dek kerana masih baru, dia tidak semberono menerima tawaran berkenaan dan menyifatkan penglibatannya sebagai peluang untuk menimba ilmu.

"Alhamdulillah banyak juga tawaran lakonan yang datang sejak kebelakangan ini. Tapi selalunya saya akan pilih yang betul-betul sesuai memandangkan saya masih baru dalam bidang lakonan dan masih cuba memperbaiki bahasa Melayu saya.

"Dalam masa yang sama, saya ambil peluang ini untuk menimba pengalaman apabila bergandingan dengan pelakon lama

Terbaru, selebriti yang dikenali menerusi lagu Pencuri dan Marry Me bakal membintangi filem Pailang JB, terbitan Simpang 3 Production arahan Ryzal Yusoff.

"Difahamkan penggambaran akan dilakukan 100 peratus di Johor Bharu dan setakat ini saya difahamkan akan terlibat untuk beberapa babak aksi.

"Tapi kalau diminta untuk bercakap dialek Johor pun saya tak ada masalah dan sedia untuk belajar. Apa pun kena tunggu bila masuk set 16 Disember nanti," katanya.

Ditanya mengenai karier nyanyiannya, Mark berkata, dia masih aktif menyanyi dan memenuhi undangan nyanyian.

Dalam masa sama, dia kini sedang mencari idea bagi single barunya yang dijangka dikeluarkan sekitar awal tahun depan.

"Buat masa ini saya masih sibuk dengan penggambaran Suamiku Encik Mat Piun terbitan Suhan Movies bersama Sharifah Sakinah, Along Cham dan ramai lagi.

"Selepas itu akan memulakan penggambaran filem Pailang JB pula. Jadi bila ada kelapangan barulah saya boleh dapat idea untuk lagu baru," jelasnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SETIAP kali tiba Aidilfitri, penyanyi dan juga pelakon Mark Adam mengakui sering terkenangkan sambutan raya ketika mengunjungi rumah keluarga mertua buat pertama kali untuk beraya.
  • KERJAYA seni Mark Adam bermula sebagai penyanyi, diikuti dengan bidang lakonan yang turut menaikkan namanya. Tapi sejak akhir-akhir ini namanya dilabel pula sebagai seorang pelawak dan sering diundang menjayakan program komedi.
  • MENJADI popular dan diterima baik di Semenanjung Malaysia, penyanyi kelahiran Filipina, Mark Adam, 37, bersyukur atas kejayaan terbaru dengan membuka sebuah kelas vokal yang diberi nama Akademi Suara.
  • BAKAT melawak yang dimiliki penyanyi kelahiran Filipina, Mark Adam semakin mendapat perhatian selepas menyertai program lawak muzikal, Juara Parodi.