"MALAYSIA, bawa bertenang!" berikut kata-kata ketua grup Kpop popular Exo, Suho yang meminta agar para peminat bertenang ketika mengadakan konsert di Stadium Merdeka kelmarin.

Konsert tersebut yang berlangsung selama tiga jam bermula jam 8 malam menyaksikan para peminat tidak henti-henti bersorak menunjukkan keterujaan mereka berjumpa 'oppa-oppa' (abang) kesayangan.

Ini juga merupakan kedatangan kali ketiga grup Exo ke Malaysia selepas konsert yang di tempat sama Mac tahun lalu.

"Nampaknya peminat konsert kali ini lebih bersemangat berbanding tahun lalu, terima kasih atas sokongan anda," kata salah seorang ahli grup itu, Suho .

Grup ini dianggotai oleh sembilan orang ahli iaitu Suho, Xiumin, Lay, Baekhyun, Chanyeol, D.O, Kai, Chen dan Sehun.

Namun begitu, untuk konsert di Malaysia ini hanya dihadiri oleh lapan orang ahli sahaja tanpa Lay kerana terikat dengan urusan kerja lain.

Sementara itu, grup tersebut tidak lupa menyatakan kerinduan mereka untuk bertemu dengan para peminat di Malaysia.

"Kami rindu untuk bertemu dengan peminat dari Malaysia, harap anda semua juga turut rindu bertemu kami," kata Chanyeol pula.

Ahli vokal grup itu, Chen menarik perhatian ramai apabila mengucap ayat dalam bahasa Melayu.

"Malaysia, aku cinta padamu," katanya diikuti dengan sorakan para gadis.

Sepanjang konsert berlangsung, grup tersebut menyanyikan lagu-lagu dari album terbaru mereka, Exact seperti Monster, Lucky One, Heaven dan lain-lain.

Lebih komunikasi

Berbanding dengan konsert tahun lepas, konsert grup ini menyaksikan lebih komunikasi antara ahli Exo dan juga peminat mereka.

Terdapat juga momen-momen menarik diantara ahli grup dan peminat kesayangan mereka t yang mencuit hati seperti saat Kai menyanyi lagu 'aegyo' (comel).

Kejutan buat Xiuman

Selain itu, konsert kelmarin turut menyaksikan kejutan menarik buat ahli tertua grup itu, Xiumin apabila peminat menyanyikan lagu 'selamat hari lahir' dalam bahasa Korea.

Xiumin atau nama sebenarnya Kim Min Seok bakal menyambut hari lahirnya yang ke -27 pada 26 Mac ini.

Kejutan tersebut nyata membuatkan dia hampir mengalirkan air mata sebelum dipujuk oleh rakan-rakan lain.

Menyanyi dalam hujan

Keadaan menjadi sedikit kelam-kabut apabila hujan turun di penghujung konsert itu menyebabkan ada peminat yang mencari tempat berteduh.

Bagaimanapun, grup tersebut meneruskan konsert tersebut dengan tiga lagu terakhir mereka.

Dalam ucapan terakhir, mereka juga sempat meminta agar peminat berhati-hati semasa pulang ke rumah.

"Malaysia terima kasih, saya memang harap agar hujan malam ini namun ia (hujan) tidak bagus untuk konsert,"

"Saya juga lihat ada ibu bapa dan kanak-kanak, harap anda semua balik ke rumah dengan selamat,"kata Suho.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MERIAH! Itulah yang boleh diungkap mengenai perjalanan Konsert The Stage: Media Hiburan yang berlangsung di perkarangan Universiti Industri Selangor (Unisel), kelmarin sempena Hari Terbuka Unisel 2017.
  • AHLI kumpulan silih berganti, namun nama UNIC terus terpahat di persada seni hiburan tanah air.
  • KONSERT amal 'Muzik4Humanity' yang berlangsung di Istana Budaya malam tadi berjaya meraih kutipan dana melebihi RM500,000 selepas dua hari penganjurannya.
  • MUNGKIN segelintir individu menganggap genre ska dan reggae di negara ini sudah berkubur kerana majoriti pendengar lebih terarah kepada muzik pop, balada dan rock.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.