SEPERTI dijangka, drama bersiri 7 Hari Mencintaiku menang besar pada Malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017.

Drama bersiri terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd itu berjaya membolot enam trofi iaitu Aktor Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Pasangan Pilihan dan Lagu Pilihan sekali gus menjadi Drama Pilihan.

Drama arahan Jamal Khan itu ditulis oleh PGRs Team menggandingkan Shukri Yahaya dan Siti Saleha sebagai pelakon utama manakala lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah dipilih sebagai lagu temanya.

Kategori Aktres Pilihan pula menjadi milik Mira Filzah menerusi drama Cinta Si Wedding Planner manakala Izzue Islam memenangi kategori Antagonis Pilihan melalui drama Patahnya Sebelah Sayap.

Drama bersiri Meh, Sandar Pada Aku pula dipilih sebagai Drama Pilihan Tonton VIP.

Semua sembilan kategori itu dipilih berdasarkan undian daripada penonton di laman web DFKL bermula 1 Februari hingga 15 Mac lalu.

Dalam pada itu, terdapat dua kategori yang dinilai oleh juri iaitu Anugerah Drama Radio Pilihan dan Anugerah Drama Pendek Pilihan yang merupakan penyertaan daripada orang awam.

Anugerah Drama Radio Pilihan dimenangi Terima Kasih EX manakala Kongsi Kalau Malu hasil karya Mohammed Shafie Sayed Mohamed pula mendapat Anugerah Drama Pendek Pilihan.

Mengangkat tema #CeritaKita, malam anugerah tersebut menampilkan gandingan mantap daripada tiga pengacara iaitu AG, Sherry Al-Hadad dan aktres jelita, Rita Rudaini.

Malam Anugerah DFKL 2017 mempertandingkan 11 kategori iaitu sembilan daripadanya menerusi undian daripada penonton dan dua lagi hasil penilaian juri.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOYAH kini kembali. Atas sambutan hangat terhadap telemovie Joyah sebelum ini, memberi idea kepada ZK Creative Production Sdn Bhd, mengangkat Joyah ke dalam drama bersiri.
  • KISAH perbezaan dua darjat dalam percintaan sering menjadi pilihan diketengahkan sebagai plot yang melatari drama mahu pun filem.
  • DI hari pernikahan, hatinya berkata, dengan nama ALLAH, dia tetap akan memilih Rizman, iaitu abang angkat yang terlalu membenci dirinya untuk menjadi imamnya.
  • PASTI ramai yang tidak mampu melupakan penangan filem adaptasi Ombak Rindu lakonan Aaron Aziz dan Maya Karin hasil sentuhan novelis Fauziah Ashari yang menjadi fenomena sekitar tahun 2011.