PELAKON dan pengarah filem, M Jamil dikhabarkan mengalami strok separuh badan.  Beliau kini menjalani rawatan di sebuah hospital di Shah Alam.  

Difahamkan lagi beliau yang kini berusia 54 tahun dan merupakan anak kepada Seniwati, Datuk Sarimah Ahmad ini jatuh sakit sejak minggu lalu.

“Beliau kini menerima rawatan di sebuah hospital di Shah Alam selepas mengalami strok separuh badan sebelah kiri.

"Berat badan beliau juga semakin susut selepas mengidap penyakit kencing manis sejak beberapa tahun lalu," kata sumber kepada Astro Gempak

Bagaimanapun beliau dilaporkan stabil dan dijangka keluar dari hospital dalam masa terdekat.