PELAWAK Jepun, Pikotaro yang menjadi sensasi internet melalui lagu 'Pen Pineapple Apple Pen' (PPAP) diiktiraf  dalam Guineess World Records sebagai lagu paling pendek memasuki carta Billboard Hot 100, lapor AFP.

Video berdurasi 45 saat itu ditonton lebih 87juta kali sejak dimuat naik di laman perkongsian You Tube pada Ogos lalu dan menjadi perhatian selepas penyanyi Justin Bieber menulis tweet sebagai video kegemarannya di internet'.

"Saya terkejut dengan populariti yang diperoleh secara tiba-tiba," kata pelawak berusia 53 tahun yang menerima anugerah itu pada Jumaat dalam satu sidang akhbar.

"Tanpa pengaruh Justin, saya fikir, hanya empat orang yang akan ada sekarang," katanya berjenaka.

Minggu lalu, lagu itu memasuki carta Amerika Syarikat dengan menduduki tempat ke 77, menjadikan artis Jepun pertama sejak 26 tahun lalu memasuki carta Billboard.

Dalam video itu, Pikotaro memakai pakaian bercorak harimau bintang itu dan menyanyi dengan gaya tariannya dengan beberapa patah lirik yang diulang iaitu “I have a pen. I have an apple. Apple pen.” “I have a pen I have an pineapple, pineapple pen.”

Pikotaro berkata hidupnya telah tidak berubah sama sekali sejak lagu itu menjadi  "satu fenomena di seluruh dunia" bulan lepas.

Dia hanya menghabiskan hanya 100,000 yen (RM 4,001) untuk membuat video  tersebut.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERSONALITI yang mengisi segmen Viral minggu ini agak istimewa kerana gandingan di antara bapa dan anak kecil juga mampu membina reputasi yang boleh dibanggakan di media sosial, khususnya di YouTube.
  • BERGURAU zaman viral bahaya. Bak kata pepatah Melayu, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Jika kita maksudkan tujuannya A tapi orang ingat B, orang lain pula mungkin fikir C dan ada juga pendapat lain fikir Z terus. Jadi itulah bahayanya gurau zaman viral ini.
  • BEBERAPA bulan lalu, bekas calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Kelantan, Muhammad Fauzan Abd Rashid, 18, yang berbadan sasa menjadi buah mulut ramai dan mula menjadi viral di media sosial.
  • "HENTI sebarkan berita palsu itu," itu antara luahan cucu saudara Tan Sri SM Salim, Ellyna Ali berhubung viral yang sedang bertebaran berhubung kematian penyanyi legenda kesayangan ramai ini.