BARU sehari dimuat naik di YouTube Tv Terlajak Laris, video lirik rasmi Bobo Di Mana nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Sajat dan Lucintaluna telah mencatat lebih 450, 000 tontonan.

Ini sekali gus membuatkan video tersebut trending nombor satu di YouTube.

Bagaimanapun di sebalik sambutan hangat yang diterima, video terbabit mendapat 66, 000 tanda tidak suka dan hanya 9, 300 tanda suka.

Malah di ruangan komen juga, ada netizen yang mengakui memberi tanda suka untuk Aliff Syukri dan selebihnya memberitahu tidak menyukai lagu tersebut.

Lagu Bobo Di Mana pernah mencetuskan kontroversi apabila langkah tarian untuk korus lagu berkenaan yang menghairahkan

Malah ramai yang mengecam Aliff Syukri kerana memilih untuk tampil dengan lagu dan tarian sebegitu yang dianggap over dan meloyakan.

Bagaimanapun menerusi klip video ini, babak yang tidak sesuai tersebut telah pun dipotong.