KEJADIAN gempa bumi di Lombok telah menarik perhatian dunia untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat.  

Selebriti dari Indonesia antaranya, Kris Dayanti turut terbuka hati untuk membantu.  Penyanyi popular ini dilaporkan telah menyertai acara lelongan yang diadakan di Kranggan, Jawa Barat pada Jumaat lalu.

Difahamkan, penyanyi ini telah melelong sepasang kasut jenama Christian Louboutin miliknya pada harga 6 juta rupiah (RM1,600).

"Saya mahu melelong kasut yang dibuat di Itali ini, saya pernah memakainya beberapa kali sahaja sebelum ini," kata Kris.

Selain kasut tersebut, penyanyi ini turut melelong beberapa pasang gaun kesayangannya yang pernah dipakai ke acara-acara besar di Indonesia.