$entry.content.caption.value
Walaupun baru sahaja mengenali antara satu sama lain, pelakon popular, Kirsten Dunst bersama teman lelakinya, Garret Hedlund sudah mula memperkatakan mengenai perkahwinan mereka.
Pasangan itu dikatakan baru sahaja menjalinkan hubungan cinta mulai beberapa bulan yang lepas dan mereka dikatakan begitu asyik menyulam cinta.
Menurut sumber, Kirsten menyatakan dia amat selesa menjalinkan hubungan cinta bersama teman lelakinya itu dan mengharapkan ianya akan berpanjangan sehingga ke ikatan perkahwinan.
Kata pelakon jelita itu, dia tidak kisah siapa pun bakal teman hidupnya asalkan pasangannya itu dapat memberi kebahagiaan kepadanya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.





