• Kesha Kesha
1 /

JIKA sebelum ini penyanyi Kesha mengakui bercinta dengan hantu, kini Kesha kembali dengan kenyataan kontroversi apabila mengakui dirinya wanita biseksual.

Menerusi temu bualnya bersama majalah Seventeen, Kesha berkata, dia tidak hanya menjalinkan sesuatu hubungan dengan lelaki.

"Ia bukan soal gender, tetapi mengenai semangat orang yang berada di samping kamu. Jadi tak kira dia lelaki atau perempuan, jika saya selesa bersamanya, saya akan memilih dia sebagai pasangan," katanya.