SEKEPING paparan skrin yang memaparkan seorang netizen 'menyerang' Elfira Loy di Instagram telah tular di laman Twitter.

Menerusi paparan skrin berkenaan, individu terbabit meminta Elfira dan adiknya membayar hutang.

"Sekarang boleh bayar semua hutang, termasuklah hutang adik lelaki awak tu ya," tulis netizen tersebut

Tidak berdiam diri, Elfira turut memberi respon terhadap kenyataan itu.

"Awak ni mesti jenis tak boleh tengok orang senang kan?" balasnya.

Namun individu tersebut tidak berdiam diri dan  memberitahu Ezzrin tidak membayar hutang selama bertahun-tahun dan turut mengaitkan mak Elfira di dalam hal tersebut.

"Ingatkan adik awak untuk bayar semua hutang, buat kereta mahal-mahal tapi tak bayar. Bertahun dah.

"Dari mak ke anak. Janji palsu. Mesej tak reply. Kenapa?" tulisnya.

Namun begitu, komen terbabit telah dipadamkan oleh Elfira tidak lama kemudian.