Hugh Jackman
Hugh Jackman

Aktor terkenal, Hugh Jackman mungkin sudah memenangi banyak anugerah, namun keluarga tetap menjadi keutamaannya.

Menurut bintang X-Men ini, dia sangat menghargai setiap pemberian daripada isteri, Deborra-Lee dan anak-anaknya, Oscar dan Ava.

"Kadang kala, saya sendiri tidak ingat di mana letaknya trofi anugerah yang saya menangi.

"Namun, saya dapat mengingati dengan tepat tempat menyimpan semua hadiah pemberian isteri dan anak-anak," katanya.

Malah, bagi Jackman, detik paling berharga dalam hidupnya adalah apabila dia dapat meluangkan masa berkualiti dengan keluarga, terutama di hujung minggu

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.