$entry.content.caption.value
Russell Brand dan bekas isterinya, Katy Perry dikhabarkan menjalani sesi kaunseling di Los Angeles.
Penyanyi dan pelawak ini pernah memfailkan permohonan cerai pada 30 Disember lalu.
Menurut sumber terdekat pasangan itu, Russell sebelum ini bersetuju bertemu dengan Katy buat kali terakhir bagi menyelesaikan masalah penceraian mereka.
“Bagaimanapun, Russell hampa kerana sebaik sahaja tiba di rumah mereka, barangnya dipindahkan untuk dibawa ke rumah baru tempat dia menyewa.
“Selain itu, Russel turut berada di Los Angeles untuk anugerah Golden Globes, jadi dia berfikir itu adalah peluang mereka untuk bertemu.
“Dia memutuskan meneruskan kehidupannya, namun Katy pula membuat kenyataan masih menyayangi Russell dan berharap dapat berbaik semula,” kata sumber.
Sementara itu, Katy turut ditenangkan ibu bapa pembaptisannya, Keith dan Mary Hudson yang turut berharap hubungan kedua-dua pasangan itu kembali pulih.





