KATA-KATA bekas madu pelakon Izreen Azminda, iaitu Intan Liana Saleh telah membuatkan pengikutnya berasa cukup sayu.

Ini merupakan kali pertama Intan menyambut lebaran sebagai ibu tunggal setelah diceraikan.

Tulis Intan di Instagramnya;

“Pertama kali beraya sebgai ibu tunggal. Moga terus kuat, tabah dan penuh kesabaran melayan Aish dan Dekmok.  

“Aish cakap kat Bonda; Bonda tak happykan Aish.  Terus Bonda krik-krik. Adoi anak mana dapat ayat tu,” tulis Intan.

Selain itu, Intan turut memuat naik gambar bersama ayahnya berserta caption; “Adik sayang abah dunia akhirat. Nyawa adik. Abah cakap jangan risau abah ada,” antara kata-kata yang memberi makna dan pengertian.

Intan dan bekas suami, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, bercerai pada 22 Mac selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.