• Rani Mukherjee Rani Mukherjee
1 /

Prihatin dengan tahap kesihatan pengarah terkenal Yash Chopra, yang baru-baru ini dikejarkan ke hospital akibat terlalu letih, aktres Rani Mukherjee dilihat kerap meluangkan masa menziarahi karyawan itu.

Malah dia sanggup membatalkan semua jadualnya semata-mata mahu melawat pengarah veteran itu.

"Rani kelihatan begitu bimbang dengan tahap kesihatan Yash oleh itu dia banyak meluangkan masa untuk melawat pengarah itu di hospital," kata sumber.

Sementara Yash kini dikatakan semakin pulih dan dijangka akan keluar dari hospital itu tidak lama lagi.