SUDAHLAH kahwin pun mengejut, dapat anak pun mengejut juga.

Penyanyi Rap Korea Selatan, Kang Gary mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan kelahiran anak sulungnya kelmarin menerusi laman Instagram miliknya.

"Gary Junior," tulisnya di laman tersebut mengumumkan jantina anaknya iaitu lelaki.

Terdahulu, bekas bintang realiti Running Man itu turut mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan perkahwinannya April lalu.

Bagaimanapun, ramai juga peminat yang mengucapkan tahniah atas berita gembira tersebut. Sehingga kini, Gary tidak mendedahkan isterinya kepada umum.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :