PELAKON, Julia Farhana mengakui dia tidak begitu terbuka untuk berkongsi atau mendedahkan mengenai ahli keluarganya di media sosial.

Menurut Julia Farhana Marin, 24, dia menghormati privasi keluarganya agar tidak diganggu oleh orang awam mahupun netizen.

"Pernah ada sekali kejadian di mana adik perempuan saya ditahan apabila mengetahui kakak dia seorang pelakon, jadi dia rasa agak menjengkelkan.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Julia sedia akhiri zaman bujang ]

"Bila kami keluar bersama pun, hanya ke lokasi yang private sahaja sebab mereka tak suka jadi perhatian ramai ataupun diganggu," ujarnya kepada Sinar Harian.

Mengenai perkembangan kerjaya, saksikan Julia selaku watak utama menerusi drama Petua Nenek di slot Dahlia setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.58 petang bermula 22 Disember depan.