KANGAR - Dalam usaha menghargai karya seniman agung Tan Sri P. Ramlee, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis menganjurkan Pertandingan Lakonan Semula Babak Filem P. Ramlee Terbuka Kedah/Perlis.

Pengarahnya Mohd Rizal Ismail berkata pertandingan itu juga bertujuan mengetengahkan bakat baru dalam bidang lakonan, selain dijadikan medan perpaduan pelbagai kaum.
 
Pertandingan ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Peminat P. Ramlee di Perlis, katanya ketika ditemui selepas pertandingan itu malam tadi.
 
Pertandingan dijuarai kumpulan Gazambo Klasik yang disertai Zahir Mozni Osman, Syed Nahar Effendi dan Siti Ainul Asyikin Shaikh Rohmat dari Kangar yang melakonkan babak dalam filem "Panggilan Pulau".
 
Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM750. 

Tempat kedua yang menerima wang tunai RM500 dimenangi kumpulan Jeritan Batinku yang melakonkan babak dalam filem "Ibu Mertuaku", manakala kumpulan Purnama Merindu yang melakonkan babak dari filem "Do Re Mi" di tempat ketiga dengan hadiah RM300. - Bernama

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.