SETELAH seminggu dilahirkan, bayi lelaki pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden sudah pun menjadi perhatian di laman sosial Instagram.

Mana tidaknya, akaun Instagram dengan menggunakan nama @jebatjayden yang dibuka dua hari lalu sudah pun mempunjai  77,800 pengikut sehingga Sabtu, jam 7.30 malam.

Pelbagai aksi comel Jebat dikongsi menerusi akaun tersebut.

Malah video Jebat Jayden bersama 'mummy' Noor Nabila selepas dilahirkan juga mendapat  234,807 views.  

Rata-rata pengikut Instagram itu memuji kecomelan anak pasangan itu selain mendoakan agar Jebat menjadi seorang anak yang soleh.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz pilih nama anak Jebat Jayden]

Nabila selamat bersalin kira-kira jam 9.01 pagi pada 30 Ogos lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Lebih manis lagi, aktor drama Cinta Bukan Kristal ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak sulungnya itu.

Sharnaaz dan Nabila bernikah pada 31 Mac tahun lalu di sebuah hotel di Petaling Jaya.