TEORI memang cantik dan nampak terdidik. Teori hilang kecantikannya apabila tidak dipraktikkan. Data mentah memang aset, namun ia tinggal data apabila tidak dimurnikan secara aplikasi untuk kegunaan hari-hari.

Digital mastery dimaksudkan sebagai kemampuan orang untuk memberi dan mencipta sesuatu supaya manfaatnya jadi lebih besar dan melebar bersempena dengan adanya teknologi digital masa kini. Facebook adalah contoh nyata depan mata, hingga kini telah beri impak luar biasa pada kehidupan manusia moden. Malah ia bagaikan satu permulaan menutur terang supaya manusia dekat dengan dunia digital.

Era digital harus didepani cermat. Perniagaan akan jadi makin susah apabila cuba menghindar dari era digital. Fakta nyata, kesusahan itu telah membeza layanan secara beragam bagi yang tahu secara konseptual dan teknikal berbanding dengan yang tidak tahu. Teknologi digital ini dapat mendisrupsi (mengganggu) bisnes dan industri secara global.

Kuncinya, seperti mana-mana perubahan yang berlaku, ia terletak pada pemikiran yang bersedia. Setiap industri harus sedia untuk lancar bersama dalam melayarkan bahtera besar merempuh gelombang digital. Sekali gus, kena ada inisiatif inovasi dalam bisnes supaya ia menjadi sumber daya yang menguntungkan bagi meneruskan kelangsungan hidup sesebuah perusahaan ataupun syarikat.

Dalam kongres ABS lepas, semasa sesi forum yang saya kendalikan, CEO Magic ada menyebut, transformasi digital bukanlah melulu tentang masalah teknologi sebagaimana sangkaan ramai orang. Ia adalah sebuah transformasi organisasi menyeluruh. Banyak aspek perlu dipertaruhkan untuk ditambah baik. Perkataan “tambah baik sepanjang masa” ini akan melengkapkan sisi dalaman pembinaan sistem yang dimulakan oleh pemikiran strategik dan perlaksanaan taktikal.

Kami di Sekolah Perniagaan, Ekonomi dan Amalan Korporat (Speak) membahagikan kepada 6 dimensi teras seperti strategi, operasi, potensi insan, pemasaran, pematuhan dan kewangan. Ia melibatkan budaya, hingga aspek kepemimpinan.

Transformasi digital bukan sempit dalam ruang terhad situasi menyesuaikan diri pada pembelajaran guna mesin dan jentera atau terperangkap pada terma memanfaatkan big data dalam proses cipta aplikasi digital semata mata.

Transformasi digital adalah mendorong syarikat mengembangkan dua kemampuan secara selari menuju destinasi. Pertama, kemampuan digital (digital capability). Ini adalah bahagian the what of technology (kemampuan membangun dan mengembangkan teknologi digital).

Kedua, kemampuan kepemimpinan (leadership capability). Yang kedua ini adalah tentang the how of leading change (kemampuan mengarahkan dan menggerakkan perubahan).

Norma bisnes yang diyakini telah berubah. Digitalisasi di seluruh dunia terjadi lebih cepat dari yang kita dapat bayangkan. Guna pakai digital telah berlaku dalam urusan harian. Digitalisasi kegunaan harian sangat cepat di segmen asas iaitu pengguna. Cabaran pada para pendiri korporat adalah untuk berfikir menggerakkan perubahan supaya ia bukan sekadar pada dimensi teknologi, namun berangkat dari pangkal itu memanjat ke atas pada potensi insan dan pengurusan yang diperkasakan.

Usahawan harus berfikir keras, untuk kenal apakah pendorong perubahan digital? Apakah nilai baharu yang muncul dari cara kerja ekonomi baharu. Minda terbuka, lincah beralih tempat duduk dari sekarang kepada masa depan dan sentiasa berani mencuba serta bermula semula.

Dunia kini hanya 20 peratus di tahap bersemuka dan tatap muka. Bakinya sama ada sudah atau akan beralih ke era digital.

Kunci kejayaan masa depan adalah berterusan menggali “telaga baharu” dunia digital supaya dengan transformasi itu akan terbina planet bisnes yang berada dalam galaksi pengetahuan utama era ekonomi baharu.

Fikirkan. Apa punca Alibaba menambah pelaburan dalam Lazada dengan menguasai lebih 80 peratus pemilikan saham. Mereka sebenarnya mampu membangunkan laman e-commerece yang setanding dengan Lazada.

Menurut pakar untuk kekalkan pertumbuhan Alibaba, mereka perlu membuka pasaran baru di luar China. Upaya memiliki Lazada adalah jalan pantas untuk kembangkan bisnes Alibaba di Asia Tenggara. Pasaran rantau ini adalah sebesar 600 juta pengguna. Dalam tempoh 6 tahun ditubuhkan, Lazada telah berjaya membangunkan infrastruktur bisnes di kesemua negara Asia Tenggara.

Alibaba pintar digital mastery. Mereka dapat menjimatkan masa dan tidak perlu melalui lengkok pembelajaran. Mereka adalah organisasi perniagaan yang digital mastery.

*Datuk Roslan Ab Hamid ialah Ketua Strategy Paul Penders International dan beliau boleh dihubungi di FB Roslan Ab Hamid

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • INDUSTRI telekung negara berkembang maju apabila pengusaha tempatan lebih kreatif dan berdaya maju untuk menampilkan kelainan pada rekaan dengan menggunakan pelbagai jenis fabrik dan material yang mampu memenuhi cita rasa masyarakat tempatan dan antarabangsa.
  • SELEPAS kejayaan penganjuran Nafas Agro Youth Camp pada Maha 2016, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) membawakan program Nafas Agro Youth Camp 2.0 sempena Hari Peladang Penternak dan Nelayan (HPPNK) yang akan berlangsung di Maeps, Serdang bermula 28 September hingga 1 Oktober ini.
  • TCRS Restaurants Sdn Bhd (TCRS Restaurants), pengendali rangkaian restoran makanan Korea, DubuYo menyasarkan untuk membuka 10 cawangan baharu menjelang akhir tahun hadapan.
  • JENAMA coklat terkemuka di Malaysia, KitKat menerusi kedai KitKat Chocolatory pertama di Asia Tenggara, menyambut ulang tahun pertama dengan hasrat memberikan lebih pengalaman kepada pelanggannya.
  • RAMAI antara kita, takut untuk menggunakan produk penambah perasa Monosodium Glutamat (MSG) seperti Perencah Umami Ajinomoto dalam masakan kerana sering dimomokkan kesan negatifnya kepada kesihatan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.