PELAKON yang juga ahli kumpulan Forteen, Izzue Islam mendedahkan, dia pernah ‘diserang’ dan dimarahi oleh seorang lelaki berusia ketika menghadiri sesi bertemu peminat di sebuah pusat membeli belah.

Ujar Izzue, lelaki berkenaan memarahinya dan menganggap Izzue biadab kerana tidak menghormati wanita.

Bagaimanapun anak kelahiran Kelantan ini percaya, kemarahan itu berpunca selepas lelaki berkenaan menonton lakonannya dalam drama Patahnya Sebelah Sayap.

“Ketika itu orang agak ramai dan tiba-tiba pakcik ini datang dan memarahi saya. Dia anggap saya jahat kerana tidak menghormati wanita dan meminta saya tidak berbuat demikian dalam kehidupan sebenar.

“Sejujurnya saya berasa agak takut juga pada ketika itu apabila tiba-tiba sahaja diserang tanpa sebab.

“Tapi bila difikirkan kembali, dia mungkin terkesan dengan lakonan saya dalam drama Patahnya Sebelah Sayap. Jadi sebab itu dia memarahi saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran dan menandatangani kontrak filem Pailang JB di Comedy Planet, baru-baru ini.

Jelas Izzue, selain pernah dimarahi secara berdepan, dia juga pernah dimaki oleh netizen menerusi laman sosial Twitter.

“Kalau kena cemuh atau kena maki di Twitter itu biasalah. Cuma ada sekali sahaja saya pernah membalas komen netizen yang memaki saya dengan ayat kurang sopan.

“Tapi lepas itu saya lihat akaunnya tiada lagi. Tak tahulah saya ada dia deactive account atau menghalang saya dari mengakses akaun miliknya.

“Pernah juga ada peminat yang unfollow saya di media sosial kerana tidak berpuas hati dengan karakter antagonis yang pernah saya jayakan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Izzue bakal memulakan penggambaran filem Pailang JB bermula pertengahan Disember depan.

Izzue berkata, biarlah filem berkenaan merupakan projek pertama syarikat Simpang 3 Production, namun ia tidak menjadi penghalangnya untuk menerima.

“Saya rasa tidak ada masalah untuk membintangi filem dari produksi baru dan sebelum ini pun saya pernah menerima tawaran sama.

“Cuma untuk filem ini, apa yang menarik saya untuk menerima adalah kerana kelainan dari segi watak, di mana saya perlu belajar seni mempertahankan diri dan ada ada babak pertarungan serta perlumbaan kereta,” katanya mengenai filem yang akan diarahkan oleh Ryzal Yusoff ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KELIBAT figura ini di dalam bidang seni barang kali tidak perlu diperkenalkan lagi.
  • MENYEDARI akan kepentingan menjaga kesihatan, pelakon dan penyanyi, Izzue Islam menjalani rawatan mencuci darah, baru-baru ini.
  • SELEPAS kejayaan Oh My Ganu yang ditayangkan pada November 2013 lalu, kini kesinambungan telefilem Oh My Ganu 2 lebih rancak dengan barisan pelakon popular tanah air termasuk Zizan Razak, Datuk Rahim Razali, Izzue Islam dan Izara Aishah.
  • SYARAT untuk tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita dalam mana-mana lakonannya telah ditegaskan pelakon kacak, Izzue Islam, sejak tahun lalu lagi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.