MESKIPUN muzik video untuk single kedua nyanyian usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Aliff Syukri, Bobo Di Mana menjadi trending dan meraih  lebih 4 juta tontonan di YouTube, ia telah mendapat kecaman hebat daripada netizen.

Malah jumlah tanda ‘tidak suka’ pada muzik video tersebut lebih banyak daripada tanda suka yang diberikan penonton sebagai reaksi kepada video yang dilancarkan secara rasmi pada 5 September lalu.

Aliff menerusi laman Instagramnya turut meluahkan rasa sedihnya dengan nasib yang diterima single terbaharunya itu.

http://polpoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.879055.1536768274!/image/image.JPG

“Lagu macam mana yang korang rasa nak saya nyanyi cerita. Semua lagu korang dislike, sedih saya,” luahnya.

Dalam pada itu, isteri Aliff, Datin Seri Shahida menerusi sebuah video di laman Instagramnya telah berkongsi tentang perancangan bersama komposer terkenal, Hafiz Hamidun untuk melihat Aliff tampil dengan lagu nasyid pula selepas ini.

“Ni video hari tu jumpa dengan @hafizhamidun. Kita suruh @aliffsyukriterlajaklaris nyanyi sebab @hafizhamidun dah buat lagu, tinggal nyanyi je.

“InsyaALLAH kita pastikan dia nyanyi lagu nasyid. Dia memang tahu suara dia tak berapa nak sedap tapi sebab suka jadi artis, kita usahakanlah yaa, biar dia jadi artis nasyid.

“Siapa sokong??? Sebab hari tu @aliffsyukriterlajaklaris tanya kalau dia buat nasyid ada tak orang nak dengar, tengok banyak feedback positif,” tulisnya pada kapsyen.

Bobo Di Mana menyaksikan kolaborasi Aliff  bersama penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna dan seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Aliff dalam satu kenyataanya kepada sebuah portal berkata, dia mungkin akan mempertimbangkan tawaran menyanyikan lagu nasyid daripada beberapa komposer selepas kecewa apabila dua singlenya sebelum ini menerima kecaman hebat dari netizen.