IBU kepada pelakon dan penyanyi, Zulkifli Daud atau Joey meninggal dunia pada malam tadi.

Joey menerusi Instagram miliknya memaklumkan berita sedih itu dan berharap agar orang ramai dapat sedekahkan bacaan Al-Fatihah pada emaknya.

"Ya ALLAH! Ampunilah dia, berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (Syurga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air ais.

"Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), pasangan yang lebih baik daripada pasangannya (di dunia), dan masukkan dia ke Syurga, jagalah dia dari seksa kubur dan neraka," tulisnya.

Rata-rata pengikut termasuk teman seangkatan turut mengucapkan takziah kepada Joey dan berharap dia kuat melalui dugaan ini.

Takziah juga dari kami di Sinar Harian.