TAKZIAH diucapkan kepada pelakon handalan Ellie Suriaty yang telah kehilangan ibunya hari ini.

Tulis Ellie di Instagramnya mengundang sayu kepada pengikutnya.

“Hari ini nyawaku.  Penguat semangat perjuanganku, pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya.

“Anje sama macam Mak...kuat!.. Ya ALLAH.. Mak adalah MilikMU.. Mak pulang KepadaMU Ya ALLAH!...

“Ampuni segalanya buat hamba MU Ibuku ini ku mohon. Kau telah memberikan yang terbaik buat Ibuku sepanjang hayatnya Ya ALLAH!!!..

“Aku bersyukur dapat dilahirkan sebagai anak Mak, Noriah Binti Mat Akhir,” tulisnya.

Ellie reda dengan ketentuan ini.

“Al - Fatihah buat Mak.  Selamat pulang ke pangkuan ALLAH SWT,” akhirinya.