PELAKON, Zul Yahya, 45, memberitahu kesihatan bonda tercintanya kini berada dalam keadaan kurang sihat, Rabu lalu.

Oleh itu, Zul berharap agar orang ramai dapat mendoakan kepada ibunya supaya cepat sembuh.

"Perancangan Allah yang terbaik. Petang tadi rancang balik Ipoh nak uruskan soal perpindahan saya dan keluarga kesini.

"Sampai je rumah ibu, ibu dalam keadaan lemah hingga tak boleh bangun.

"Mohon doakan ibu saya diberikan kesihatan yang baik," tulisnya di Instagram miliknya.

Sementara itu, di ruang komen Instagramnya, ramai yang menitipkan doa semoga ibunya sihat seperti sediakala dan ucapan semoga pelakon ini bersabar dengan ujian yang dihadapinya ketika ini.

Selain netizen, rakan artis seperti Azza Elite, Zarina Zainuddin, Adam Corrie Lee, Shamsul Ghau Ghau, Zul Handy Black dan ramai lagi turut mendoakan kesihatan kepada ibu Zul Yahya.