AKTOR tinggi lampai, Henry Golding memberitahu dia bakal muncul dalam filem ketiganya tidak lama lagi.

Menurut anak kelahiran Kuching, Sarawak itu, dalam filem baharu berjudul Last Christmas itu nanti Henry, 31, akan digandingkan dengan pelakon terkenal Game of Thrones, iaitu Emilia Clarke.

“Saya berbangga untuk berlakon sama dengan Emilia Clarke dalam filem Last Christmas arahan Paul Feig. London kami datang,” coret Henry di Instagram miliknya.

Sebelum filem Last Christmas, Henry membintangi Crazy Rich Asians yang mengaut kutipan panggung sebanyak AS$ 188 juta (RM779 juta) sejak ia ditayangkan.

Sementara itu, filem keduanya bersama dengan aktres Blake Lively dan Anna Kendrick, A Simple Favor sedang ditayangkan di Hollywood.