GENERASI muda perlu sentiasa menghargai dan terus berusaha untuk memelihara khazanah muzik tradisional yang terdapat di negara ini dan rantau Asia Tenggara kerana ia mencerminkan identiti masyarakat serantau.
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rofli berkata, walaupun sering didendang dengan kepelbagaian muzik moden, namun adalah penting untuk terus memartabatkan muzik tradisional yang menjadi asal-usul kepada muzik hari ini.
"Kita perlu menghargai dan memelihara muzik tradisional kerana itulah sebenarnya jati diri bangsa Malaysia yang membuatkan kita berbeza dari negara lain," katanya semasa merasmikan penutupan Kem Muzik Tradisional Asia Tenggara 2012 di Kuala Lumpur, semalam.
Justeru, beliau berkata penganjuran kem itu sangat relevan dan bertepatan dengan usaha kerajaan untuk terus memartabatkan muzik tradisional negara di peringkat antarabangsa.
"Apa yang kem ini laksanakan adalah memberi peluang kepada pemuzik tradisional negara Asean untuk berkongsi pengalaman dan mencari kaedah bagaimana muzik tradisional dapat terus segar, khususnya di kalangan masyarakat muda.
"Kem empat hari yang julung kali diadakan dan mengumpulkan 40 pemuzik tradisional dari seluruh rantau Asia Tenggara ini juga diharap dapat mewujudkan satu rangkaian kerjasama antara negara serantau dan seterusnya memelihara muzik tradisional rantau ini," katanya. - Bernama
Generasi muda perlu sentiasa hargai muzik tradisional
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Tarik kenyataan 'Anak Derhaka', Afiq sedia mohon maaf
- Ayu Raudhah hamil lagi
- Afiq oh Afiq!
- Masih bermasam muka
- Lisa Surihani idam anak lelaki
- Fouziah Ghous pilih Datuk Seri
- Eina Azman amal jamu ibu
- Aziz Sattar jawab isu cerai
- Kesha cuba bunuh diri
- JLo mahu ramai anak
- Hilang daya penarik Aishwarya Rai dikritik
- Batal majlis pertunangan!
- Eina : 'Dia kurang siuman'
- Empat bintang Kilauan Emas mara ke final
- Konvoi KL-Krabi, Bikers Kental menghiburkan
- Air mata saya sangat berharga
- Teduhan Kasih satukan Sherry, Adi Putra dan Shah Iskandar
- Eina: Ibu Afiq Muiz bakal disaman
- Shah Jazle ditangkap khalwat
- Marshanda tetap aktif walaupun hamil
- Hattan Belum Tentukan Tarikh Nikah
- "Afiq, Cukup-Cukuplah Aibkan Keluarga" - Zed Zaidi
- Gandingan Mantap Aizat & Yuna
- Saiful Apek Diarah Bela Diri
- Shajiry Nikah 1 Jun
- Iz Juara Selebriti KL Towerthon!
- Leuniey Sudah Berhijab?
- Aplikasi Tonton Di Samsung SMART TV!
- “Saya Kejar Pasaran Antarabangsa Bukan Anugerah Antarabangsa” - Ahmad Idham
- "Eina Lupa Nak Cakap ‘Off Record’" - Eina Azman




