"WALAUPUN penggambaran babak saya belum sampai lagi, rasanya tiada cabaran besar bakal dihadapi memandangkan lakonan dalam loghat Negeri Sembilan," ujar Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perasaannya yang bakal membuat kemunculan khas sebagai pelakon jemputan dalam filem komedi romantis berlatar belakangkan Adat Perpatih terbitan Madness Film Sdn Bhd berjudul This Is Pilah.

"Memang berlakon perlukan kepakaran. Tapi kalau beri tumpuan sepenuhnya, Insya-ALLAH boleh berjaya," katanya secara ringkas.

Mengulas penglibatannya dalam filem berkenaan, beliau berkata, tujuannya sebagai galakan dan sokongan kepada anak muda masa kini yang berkecimpung dalam dunia perfileman.

"Tambah lagi, This Is Pilah mengetengahkan Adat Perpatih kepada orang ramai terutama bab perkahwinan. Sebab itu saya sedia buat penampilan dalam filem ini.

"Sebagai pemimpin, jangan hanya bercakap. Sebaliknya kita kena terlibat sama. Perkara baik sebegini juga perlu disokong dari segi moral, material dan pelbagai lagi," katanya kepada Sinar Harian, di sini, hari ini.

Sinar Harian melaporkan semalam, berita mengenai Duta Besar ke Kemboja itu yang bakal tampil di layar perak mendapat perhatian netizen di media sosial.

Kebanyakan netizen memberi reaksi berbeza, malah ada tidak sabar menanti tayangan filem tersebut yang bakal menemui penonton pada tahun hadapan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BELUM pun ramai yang memuji keberkesanan lakonan Michelle Williams menerusi filem muzikal, The Greatest Showman, para pencinta filem dunia bakal disajikan dengan sebuah lagi filem yang diilhamkan daripada sebuah kisah benar berjudul All the Money in the World yang sekali lagi menampilkan aktres hebat tersebut sebagai pelakon utamanya.
  • BARANGKALI gandingan dua nama hebat di arena perfileman Hollywood, Kate Winslet dan Idris Elba memberi aura berbeza terhadap filem yang baru menjengah pawagam sejak 28 Disember lalu.
  • FILEM Pitch Perfect berjaya mengumpul pengikut yang ramai ketika pertama kali muncul di layar lebar pada 2012, dan diikuti dengan sekuelnya Pitch Perfect 2 yang menemui penonton pada 2015.
  • Filem ini mendapat sentuhan pemenang Anugerah Seri Angkasa 2016 menerusi Komedi TV Terbaik iaitu Pengarah, Syed Khairul Fariz dan dijayakan pelakon muda seperti Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia dan Mas Khan.
  • TIDAK dinafikan, kisah mengenai pembunuh upahan bukan kisah baru dalam filem Hollywood, lebih-lebih lagi melibatkan pembunuh upahan yang perlu survive untuk memastikan misinya berjaya.