PELAKON drama Mr Grey yang sedang hangat diperkatakan ketika ini, Fendy Bakry dilaporkan mengalami sakit secara tiba-tiba.

Namun sakit apa tidak pula dinyatakan lebih lanjut oleh pihak pengurusannya yang memaklumkan tentang perkara tersebut.

Menurut syarikat pengurusannya, pemilik Prokuya Studios, Fadzil Zahari, Fendy mengalami sakit secara tiba-tiba ketika hampir habis penggambaran di Melaka dan Kuala Lumpur sehingga ke hari ini.

Oleh itu, dia meminta maaf kepada semua pihak yang tidak dapat menghubungi atau menerima sebarang respons daripada Fendy sendiri.

Fadzil juga memohon maaf bagi pihak Fendy kerana terpaksa membatalkan acara-acara yang berkaitan dengan pelakon tersebut.

Pada pertengahan Mac lalu, Fendy telah mendapat rawatan di hospital Melaka. Seterusnya dia mendapat rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur.

Ketika itu, ditanya berkenaan penyakitnya, Fendy hanya memohon doakan kesihatannya.