BUAT pertama kalinya, kekuatan 30 selebriti tanah air diuji dalam program realiti terbaru, Fear Factor Selebriti Malaysia.

Sejak ditayangkan 29 Disember lalu, pelbagai gelagat selebriti dapat dilihat, apatah lagi melibatkan 'game' yang menguji keberanian mereka.

Malah ada ketikanya, ada selebriti yang hanya mampu menangis, tanpa dapat meneruskan cabaran kerana tidak mampu menandingi ketakutan mereka.

Rancangan yang diadaptasi daripada format program antarabangsa itu dikendalikan sepenuhnya oleh pelakon popular, Aaron Aziz menawarkan hadiah RM200,000.

Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, Fear Factor Selebriti Malaysia diubahsuai mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia.

“Setiap perincian diambil kira untuk memastikan elemen tempatan dapat diterapkan, sekali gus mengelakkan sebarang sensitiviti agar bersesuaian dengan masyarakat yang berbilang kaum,” katanya. Menariknya, seluruh rakaman program berkenaan, tidak dijalankan di Malaysia, sebaliknya dilakukan sepenuhnya di Cape Town, Afrika Selatan.

Seramai 30 selebriti (dibahagikan kepada 13 kumpulan) menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia antaranya Didie Alias, Zoey, Dafi , Jehan Miskin, Kaka, Elfi ra Loy, Hairul Azreen, Farish Aziz, Azam Pitt, Gambit Saifullah, Ezlynn, Mejar Dr Faiz, Zawen Anwar, Hafi zul (On Air), Norisham Ismail dan Johan As’ari. Antara cabaran yang perlu dilakukan mereka adalah berada di tempat yang tinggi, berbaring tikus hidup, ular dan juga diseret oleh kuda.

Bagi menyaksikan tahap keberanian para selebriti Malaysia, jangan lupa saksikan Fear Factor Selebriti Malaysia, setiap Sabtu, 9 malam di Astro Ria dan Mustika HD.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PEMANGKU Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan menyempurnakan pengurniaan darjah kebesaran dan pingat sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini.
  • Selepas penampilan sulung Datuk Rosyam Nor dalam produksi filem Tamil antarabangsa, Kabali, seorang lagi aktor Malaysia Aaron Aziz kini menampilkan aksi sulungnya dalam sebuah lagi filem Tamil Kollywood.
  • BINTANG Tuan Anas Mikael, Aaron Aziz antara selebriti yang sibuk dengan kerjaya lakonannya.
  • NAMANYA mungkin tidak sekukuh finalis Hero Remaja lain seperti Kamal Adli atau pun Fizo Omar dalam dunia seni lokal. Namun bagi Jaslin Puasa atau nama sebenarnya Mohd Jaslin Puasa, dia optimis mengejar impian, sekali gus meletakkan dirinya sebaris dengan ‘rakan Hero’ yang lain dalam gelanggang lakonan dan pengacaraan.
  • BAGI sesebuah novel, selain jalan cerita dan pemilihan genrenya, permainan watak juga adalah aspek paling penting yang perlu dititik beratkan penulis bagi menarik pembaca untuk menghayati dan menyukai novel tersebut.