SEBELUM ini nama aktres Fazura dan suami Fattah Amin hangat diperkatakan netizen berhubung video tular yang memaparkan aksi pasangan ini terlebih mesra di tempat awam.

Terbaharu, ketika artikel ini ditulis, Fazura ada memuat naik video tazkirah daripada Profesor Dr Muhaya berkaitan mereka yang berpuasa.

"Siapakah orang yang rugi? Nak tengok orang ke nak tengok diri sendiri? Macam mana nak tangani orang yang buat tak baik pada kita? Macam mana hati nak tenang?," hasil petikan ayat Profesor Muhaya.

Posting tersebut menjadi spekulasi adakah ia ditujukan kepada individu-individu yang menyibuk dan mengecam kehidupan peribadi aktres dan aktor tersebut.

Tindakan Fazura memuat naik video itu juga sekali gus menutup ruang komennya.

Sementara itu, di Instagram Fattah Amin juga turut melakukan perkara yang sama dengan memuat naik foto pesanan Imam Syafi’i berkaitan bagaimana seorang manusia itu tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang.